Bismillahirrahmanirrahim... Dan Salam Ziarah Pada Semua


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 8 Februari 2010

KUCING KU KUCING KU JUA...


Alhamdulillah ke hadrat ilahi,diberi sekali lagi keizinan untuk hamba Allah yang serba kekurangan ini untuk mencoretkan kisah-kisah yang boleh kita kongsi bersama..dan buat orang yang tersayang mak dan abah yang selama ini berpenat lelah menjaga achu yang agak "bueh"(bahasa kedah) ini..atau makna lain "tak tahu duduk diam"... dan terima kasih juga pada seorang insan yang banyak berkongsi rahsia,pengalaman dan cabaran dalam menempuhi liku2 hidup ini...dan tak lupa pada sahabat2 seperjuangan yang sentiasa berjihad dalam membasmi perkara2 yang mungkar..
"SYUKUR YA ALLAH KAU TELAH MENEMPATKAN HAMBAMU INI DIKALANGAN ORANG2 YANG SENTIASA MEMBIMBING DAN MENUNJUK JALAN YANG BETUL UNTUK KE ARAH REDHAMU...TERIMA KASIH YA ALLAH..ENGKAULAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA
PENYAYANG... TERUSKANLAH MEMBIMBING DIRI INI.. HAMBAMU INI TERLALU BERHARAP PADAMU YA ALLAH..AMIN.."

Insyaallah..,Bila melihat kembali ayat "tak tahu duduk diam" nie teringat kembali peristiwa lampau dimana achu pernah jatuh dari motosikal,naik pelan2 jea dlm 80km sejam.. (hehe.. gurau jea jalan rumah taman mesti la pelan2..)masa achu melalui kawasan pembuangan sampah..TIBA-TIBA datang seekor kucing melintas jalan...achu pun terus la brek sepuas hati..bila kucing tu dah lintas..achu pun pulas la minyak balik... TIBA-TIBA adoilaa...kucing tu boleh patah balik...achu pun apa la lagi..wekang capkang semua la terjadi.. tergolek-golek macam cita hindustan..adoiii cian kat aku..huhu..masa tu langgar kucing dewasa..ntah ape dah jadi dekat kucing tu..achu pun tak tahu... achu bangun pelan2..tengok moto dulu ada tak yang calar2..baru tengok diri sendiri..hehe..achu pun calar2 jugak..tapi buat hero.. balik rumah..mak abah tanya.. cakap jea jatuh langgar kucing..abah leter2..achu diam jea,mana leh melawan.. nak jadi anak deharka ke...??? Memang sejak azali lagi kebanyakkan ibu dan bapa memang suka beleter pada anak2..jadi kenalah terima ketentuan ilahi...:-) dan mungkin achu pun nanti akan leter2 dekat anak2 achu jugak..mana nak tahu kan??? Opsss..sambung kisah tadi... achu pun letak ubat ditempat yang luka tadi tu..kemudian terus keluar balik bawa moto..abah tanya "nak pegi mana..?" achu cakap nak pergi main bola.. lagi bertambah la leternya abah kat achu..hehe.. Mak..?? mak pandang jea sebab abah dah leter dah.. masa main bola rasa berangin jea kawasan yang luka tadi tu,tapi wat tak tahu jea..hero la katakan... hehe itu kisah masa achu umur 18 tahun lamanya...


Tapi selepas beberapa hari kejadian tu..berlaku lagi kejadian yang sama..peristiwa kali ini amat menyedihkan...Satu petang,achu bercadang hendak pergi ke rumah abang...semasa di simpang masuk rumah abang..achu terpandang 2 ekor kucing..ibu dan anak kucing sedang bermain2 di sebalik semak-samun..seronok achu tengok ..sebelum itu izinkan achu gelarkan anak kucing tu KITTY..sebab dia cute..achu pun perlahankan motosikal yang achu tunggang.. dalam jarak satu meter dari kawasan si kitty..achu lihat kitty tu terkejut melihat achu datang..kitty lari dalam semak..masa itu yang nampak cuma ibu kitty jea..TIBA-TIBA bila achu dekat jea kawasan kitty.. MASYAALAH... adoii laa.. Si Kitty Cute tu boleh patah balik...huhu.. Apa lagi.. tak dapat nak brek dah...Ya Allah selamatkanlah anak kucing tu...achu terus langgar...tak sempat..ingin achu berkongsi dengan semua pembaca.. masa langgar kucing tu.. alahai rasa lembut jea... Bertakbir achu masa tu.. ALLAHHUAKBAR... YA ALLAH...
Apa dah jadi...

Achu berpatah balik...sedihnya pada waktu itu..bila melihat si ibu kucing memandang anaknya sudah tidak bergerak dan terdiam kaku..di mana sebentar tadi lincah anaknya bermain..tapi... selepas itu...... huhu kejamya aku...marah sedih semua ada..tak semena-mena achu pergi pada ibu kucing dan terus minta maaf..betol2 achu buat..tapi ibu kucing tu tetap tengok anaknya,tak berpaling...alahai bertapa kasihnya si ibu kucing...bayangkan jika itu manusia..dan achu telah langgar anaknya...lama jugak achu di situ..achu terkaku.. kemudian datang seorang budak.. selamba jea dia ubah si kitty tu..dia ubah sambil lihat achu.. yang sedihya si ibu kucing tu turut sama ikut anaknya yang terkulai tadi..alahaii..kesian sangat2.. persoalanya.. kenapa kucing bila melintas suka berpatah balik... achu hairan.. kejadian yang sama juga berlaku sebelum ini..tapi achu tak langgar...
Hrrmm...Semuanya hanya Allah saja yang tahu..

Bila achu renungkan kembali..bertapa mulianya seekor binatang terhadap anakya.. mereka sekadar mampu berbunyi dan cuma bernafsu dan tak berakal..tapi mempunyai nilai kasih sayang yang teramat mulia..


Bila kita pandang semula pada manusia..ada yang sanggup membuang anak..sedih bila di kenang semula..setelah nafsu binatang dilampiaskan,anak luar nikah dilahirkan..kemudian dibuang begitu sahaja...macam sampah...semakin hari semakin berleluasa kes ini..adakah manusia sekarang bertuankan nafsu binatang..dan binatang pula mengambil alih kasih sayang yang ada pada manusia..betulkah begitu???
Dan ada pula bila anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang..tetapi segala nasihat ibu dan ayah diterjah dengan kata-kata yang kesat..mereka tidak hargai kasih sayang ibu dan ayah mereka berikan selama ini...
Wahai para pembaca sekalian...mari kita renung-renugkan kembali..Allah berikan kita akal untuk berfikir...setiap benda yang hidup,perlukan kasih sayang..bukan sahaja kita.. haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga perlukan kasih sayang..tumbuh-tumbuhan perlukan penjagaan yang baik,dibaja dan disiram..barulah tumbuhan itu berikan hasil kepada kita.. pokok2 di hutan yang lain,Allah sirami dengan hujan..Allah itu ya rahman ya rahim..bukan sesuka hati kita musnahkannya..haiwan pula..perlukan makanan minuman dan juga tempat perlindungan..dan ada juga haiwan yang perlukan belaian..bukan untuk dijadikan bola sepak ataupun dibunuh...setiap kejadian ada hikmahnya dan ujiannya..Allah nak lihat kita...adakah kita hambanya yang sabar ataupun tamak... Allah sentiasa bersama2 orang yang sabar...
Ingatlah sesiapa yang mempunyai nilai kasih dan sayang..syukurlah kepadaNYA..kerana 2 nilai yang beharga itu datang dariNYA..dan mohon lah selalu supaya sifat2 yang baik itu sentiasa tertanam dalam hati kita...HATI YANG BAIK,AKAN MENONJOLKAN AKHLAK YANG MULIA..
Akhir sekali...renungkan.. bagaimana jika kita pula yang jadi haiwan ataunya tumbuh tumbuhan...

Sekian...AchuRafy...

2 ulasan:

Ameen Muslim berkata...

kucing dlm gmbr tu semua aku yg punya. xde perkongsian. hehe... gurau jer.

Tanpa Nama berkata...

cute nyer ..