Bismillahirrahmanirrahim... Dan Salam Ziarah Pada Semua


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 16 Mei 2010

MENCARI JALAN YANG LURUS

Alhamdulillah Syukur pada Mu Ya Allah kerana telah menggerakkan hati ini untuk bersama-sama memperjuangkan agama mu walaupun hamba mu ini sedar,banyaknya lagi kekurangan yang masih ada dalam diri ini...mohon teruskan lah pelihara hambamu ini supaya sentiasa terjaga iman yang kadang kala ada naik turunnya...

Kelmarin Achu baru saja habis program yang banyak menyentuh rohani dalam diri...
Alhamdulillah program mendarat dengan selamat dan baik...
Tertido Achu dengan seorang sahabat atas pentas selepas habis program...letak2 saja kepala terus gelap...keletihan yang penuh dengan kemanisan dan kepuasan...nasib baik ada abang long datang kejut..kalau tak bermalam lah kat situ..

Sedikit perkongsian dengan semua pembaca,disini Achu ingin berkongsi masalah remaja sekarang yang kadang kala membelenggu titik hitam dalam kehidupan mereka...mereka perlukan seseorang atau sekumpulan insan yang boleh memberi petunjuk yang betul kepada mereka,untuk mereka berjaya dalam kehidupan di dunia dan diakhirat..

Bila Achu baca masalah para pelajar di sini terdetik rasa kesedihan yang teramat sangat..
Mungkin masalah-masalah remaja sekarang membuatkan kadang-kala kita lihat mereka bagaikan remaja2 liar yang tiada masa depan,kita pula memandang mereka dengan pandangan yang negatif dan kita pula jarang memikirkan bagaimana kita hendak mengatasi masalah ini...

Remaja perlu didekati,bukan dijauhi..sebelum mereka rebah dengan lautan nafsu yang sering membawa mereka jalan yang salah..kita harus bertindak dahulu..sebelum ada golongan2 yang 'sesat'datang mempengaruhi mereka,ayuh mari kita hampiri mereka...

Antara masalah-masalah yang telah disenaraikan..

1)Ditinggalkan ibu kandung.Tak pernah rasa kasih sayang ibu,jumpa ibu masa kecil sahaja.

2)Mak ayah tak solat,jadi susah nak konsisiten solat.

3)Kawan banyak mempengaruhi perkara buruk.Nak tangani macammana?

4)Mak lebihkan adik beradik lain.Rasa terpinggir walaupun dah buat yang terbaik.

5)Selalu dimarahi ibu,tak pernah pelukkannya.

6)Takutkan mati,banyak dosa,mintak nasihat.

7)Nak berubah tapi tak ada sapa nak sokong.

8)Tak tahu nak handle rasa sakit hati dan fikiran negatif.

9)Penceraian ibu bapa,kurang kasih sayang daripada bapa.

Ayuhh..bukalah mata hati kita..insan yang di luar sana sedang tagihkan iman dan islam.. tagihkan kasih sayang seorang insan,perlukan sokongan dan petunjuk supaya mereka tidak terus lemas dengan dosa dan noda..
Jangan tahu menunding jari..tanpa bertindak..kita perlu dekati mereka sebelum mereka sesat ke jalan yang salah..

Bagi achu remaja yang sosial diluar sana,bukanlah mereka pinta untuk menjadi sebegitu..
Ini semua atas didikan yang mereka terima sepanjang hidup mereka..
Mereka ingin berubah,tetapi apakan daya,tiada sesiapa pun ingin mendengar luahan mereka..
Sikap mereka dipengaruhi oleh keadaan sekeliling,dunia yang penuh cabaran yang sentiasa membisikkan kata cintakan dunia...

Pemahaman dalam agama amat penting supaya mereka faham,apa ertinya mereka hidup di muka bumi ini.
Bila masalah mereka tidak dapat diselesaikan atau manghadapi jalan buntu maka jalan singkatlah yang mudah diambil..

Kes Rempit yang amat-amat popular dimana-mana sahaja.


Tagihkan kasih sayang ibu dan ayah..teman lelaki tempat diluahkan.



Maka terjadilah Kes pembuangan Bayi



Menghisap rokok sudah menular luas pada semua pelajar


Kes hisap dadah,sudah ramai remaja kita yang terjebak



Banyak lagi kes-kes sosial yang melibatkan para remaja kita,seks bebas,zina,rogol,ponteng sekolah dan banyak lagi penyakit sosial yang semakin hari semakin berleluasa.

AYUH SEMUA..JANGAN KITA BIARKAN HATI MEREKA MATI AKIBAT PENYAKIT SOSIAL YANG SEMAKIN MENULAR SEKARANG INI,MARILAH KITA SAMA-SAMA TANAMKAN BAJA DENGAN BAJA YANG BERKUALITI..IAITU AGAMA ALLAH..

"Ya Rahman.. mohon keampunan darimu jika segala apa yang telah hambumu ini sampaikan mengenai agamamu tidak dapat mengubah insan-insan yang ada disana,hidayah dan kesedaran semuanya datang atas keizinanan mu.. hamba mu ini cuba menyampaikan sebaik yang mungkin,dengan doa hambamu ini tawakal dan berserah segala-galanya kepadamu..."

"Ya Rahim..jika apa yang telah ku sampaikan tentang agamamu itu masuk mendetikkan hati-hati untuk sedar bertapa besarnya kekuasaan Mu..teruslah pelihara mereka dan engkau pasakkanlah hidayah kepada mereka supaya mereka sentiasa berada dalam golongan orang-orang yang bertakwa kepadamu "

Amin..

1 ulasan:

dya adriza berkata...

Yup.. kita semua ada masalah, tapi kita tak ingat ada orang lain yang lebih besar masalahnya.. yang lebih memerlukan kita..

Sedarlah orang2 di luar sana, dunia hampir ke penghujugnya..