Bismillahirrahmanirrahim... Dan Salam Ziarah Pada Semua


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 6 Disember 2010

Salam Maal Hijrah.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata


“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”






Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:



“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Jumaat, 26 November 2010

Melatih Diri Menahan Nafsu Dan Syawat.


Apa yang saya kongsi di dalam entry hari ini merupakan secebis daripada tulisan da didalam buku bertajuk Penenang Jiwa terjemahan daripada kitab Mukashah Al-Qulub oleh Imam Al-Ghazali yang saya rasakan berbaloi untuk dikongsikan bersama. InsyaAllah.
Bahawa sesungguhnya, Allah SWT telah berfirman:
“Hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan apa yang diusahakan untuk esok (Hari Kiamat)” (Al-Hasyr:18)
Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada iblis. Syaitan hanyalah memperalatkan nafsu syahwat untuk menguasaimu. Janganlah engkau tertipu oleh nafsumu degan segala angan-angan dan kepalsuan. Watak nafsu ialah berasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau rela menuruti rayuannya, hancurlah engkau. Jika engkau lambat memperhitungkan tentu akan tenggelam. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia melemparmu ke Neraka. Nafsu tidak pernah menuju kepada kebaikan. Ia sumber bencana. Dialah markas Iblis serta tempat segala keburukan yang hanya diketahui Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui segala engkau perbuat, baik mahupun jahat.
Jika seorang hamba mahu merenungi umurnya yang telah lanjut untuk mencari akhirat, maka renungan itu dapat mencuci hati. Seperti disebutkan oleh Rasulullah SAW:
“Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah setahun”
Demikian dalam tafsir Abul-Laits. Maka sesungguhnya bagi orang berakal segera bertaubat atas dosa yang telah lalu dan memikirkan akan bekal mencapai keselamatan di akhirat.Dia memutuskan angan-angan keduniaan, segera bertaubat, mengingati Allah, meninggalkan laranganNya, sabar menahan nafsu dan tidak memperturutkan keinginan syahwat. Ingat! Nafsu adalah berhala. Barangsiapa menuruti nafsu bererti menyembah berhala. Orang yang menyembah Allah, dialah yang mampu menahan nafsunya.
Telah berkata Nabi Sulaiman bin Daud a.s:
“Sesungguhnya mengekang nafsu itu lebih sulit daripada membuka sebuah kota sendirian”
Yahya bin Muaz Ar Razi berkata,
” Perangilah nafsumu dengan taat dan riadah (latihan rohani). Riadah adalah mengurangi tidur, mengurangkan makan mahupun bercakap, menahan kepedihan daripada makhluk. Sedikit tidur akan mensucikan kehendak, sedikit berkata akan selamat daripada bencana. Dan menahan pedih dapat meghantarkan ke puncak. Bahkan sedikit makan dapat menundukkan syahwat. Sesungguhnya banyak makan dapat mengeraskan hati dan menghilangkan cahayanya. Dan cahaya hikmah adalah lapar.Serta kenyang akan dapat menjauhkan seseorang daripada Allah.
*Subhanallah. Maha suci Allah. Di manakah dan bagaimanakah kita sekarang? Semoga kita dapat membezakan di antara kehendak dengan keperluan, semoga kita dapat bersederhana di dalam semua perkara. Sesungguhnya Allah amat membeci sifat yang berlebih-lebihan.
Semoga Allah mengampunkan semua dosa kita, dosa ibubapa kita, dosa suami/isteri kita, dosa zuriat kita, kaum keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat dan orang-orang pernah berbuat baik kepada kita. InsyaAllah.

Nafsu Manusia

Imam al-Ghazali pernah berkata:
“Kita wajar bertanya kepada diri kita setiap kali apabila Allah masih memberi kesempatan dan peluang untuk hidup dengan mengizinkan kita bangun pada hari ini. Allah bagi kesempatan untuk diri kita menginsafi akan dosa-dosa yang dilakukan lantaran itu kita perlu bertaubat dengan kesempatan ini.”
Nafsu merupakan makhluk Allah yang dikurniakan kepada manusia. Kisah awal penciptaan nafsu menunjukkan kepada kita bahawa nafsu merupakan makhluk yang degil angkuh terutamanya ketika ia kuat. Nafsu hanya mula mengaku Allah sebagai Tuhan apabila berada dalam keadaan yang lemah.
Fitrah kejadian manusia sering lalai dan leka kerana manusia sering tewas kepada nafsu.
Oleh itu kita perlu melawan dan mengawal nafsu agar dapat membimbing diri kea rah kebaikan dan menjauhi dari keburukan. Kita tidak boleh membunuh nafu kerana ia merupakan kurniaan daripada Allah SWT.
Untuk mengawal dan mengendalikan nafsu , kita perlu merujuk kepada kaedah dan cara-cara yang telah diberikan dan ditunjuk oleh Pencipta nafsu iaitu Allah SWT.
Oleh yang demikian, ketahuilah bahawa manusia perlu merujuk kepada Deen Islam yang diturunkan dan diredhai oleh Allah kerana di dalamnya ada dinyatakan kaedah-kaedah untuk mengawal nafsu.
Terdapat beberapa tingkatan nafsu. Antaranya ialah nafsu ammarah. Nafsu ammarah adalah cenderung kepada kejahatan.
“… Sesungguhnya nafsu (ammarah) cenderung kepada kejahatan …” (Yusuf, 12: 53)
Ada orang yang bertuhankan nafsu, sesuatu perbuatan syirik yang kebanyakan manusia tidak menyedarinya.
“Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya. Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu.” (Al-Furqan, 25: 43-44)
Nafsu yang kedua ialah nafsu radhiah – redha dengan ketentuan Allah. Mereka yang memiliki nafsu ini memiliki sifat qanaah iaitu berasa cukup dengan apa yang ada.
“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.” (al-Fajr, 89: 28 )
Ini merupakan suatu cara yang baik untuk mengawal nafsu iaitu dengan tidak terlalu melihat kepada duniawi.
Seterusnya ialah nafsu muthmainnah – jiwa yang tenang. Mereka yang memiliki nafsu pada tingkatan ini telah meletakkan diri mereka pada tahap pengawalan nafsu yang terbaik.
Sepertimana firman Allah dalam surah al-Fajr, mereka yang memiliki nafsu muthmainnah akan mendidik diri mereka untuk bersikap redha dan mereka akan berada dalam golongan yang Allah iktiraf sebagai hambaNya dan akan diberi ganjaran syurga.
“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.” (a-Fajr, 89: 27-30 )
Untuk memiliki ketenangan, kita perlu mendapatkan ubat penenang. Antara ubat penanang yang kita perlu ketahui dan menggunakannya ialah dengan zikruAllah.
“…Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (ar-Rad, 13: 28 )
Al-Quran merupakan sumber rujukan utama yang perlu digunakan untuk menjadikan jiwa manusia tenang. Selain itu, alam ciptaan Allah yang dijadikan dengan segala keindahan dan keajaiban juga merupakan sumber untuk mengingati Allah. Adakah kita menggunaka sumber tersebut dengan betul?
Namun zikruAllah dalam ruang lingkup yang lebih luas ialah memenuhi segala tuntutan yang Allah tetapkan; melaksanakan semua suruhan dan meninggalkan dan mencegah semua laranganNya.
Nafsu lawwamah merupakan tingkatan manusia yang berada di pertengahan. Dalam keadaan manusia menyedari akan sesuatu yang buruk tetapi kadang-kadang tewas kepada kengingin diri dan nafsu.
Ia merupakan pertembungan antara ilmu dan akal dengan nafsu. Bagi memastikan kebenaran ilmu dipertahankan maka amat penting untuk kita sentiasa berdamping dan mengikuti nasihat alim ulama.
Dalam pertembungan nafsu lawwamah yang kadang-kadang tertewas dengan nafsu dan terjebak dengan maksiat dan dosa, taubat merupakan cara penyucian jiwa yang terbaik.
Sabda Rasulullah SAW:
“Kullu bani Adama khatto’uuna, wa khairul khatto’iina at-tawaabun”.
Yang bermaksud:
“Setiap anak adam tidak sepi daripada melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang (segera) bertaubat.” (HR at-Tarmidhi)
Saidina Ali pernah berkata:
“Allah tidak menciptakan manusia untuk di azab tetapi manusia memilih untuk di azab.”
Allah telah menunjukkan dua jalan kepada manusia iaitu jalan kebaikan dan jalan kejahatan seperti dalam surah as-Syams, 91 ayat 8. Mereka yang memilih jalan kejahatan dengan mengotori jiwa mereka telah dijanjikan akan dibalas azab dan seksa Allah.
Namun Allah memberi kesempatan kepada kita untuk bertaubat, kerana Dia yang menciptakan mamusia amat mengetahui bahawa fitrah kejadian manusia sering lupa dan melakukan kesalahan. Oleh itu, mereka yang tidak bertaubat dengan kesalahan dan dosa yang telah dilakukan beerti seolah-olah mereka memilih untuk di azab.
Kesimpulannya, nafsu tidak dapat dibuang atau dibunuh tetapi manusia perlu mengendali dan membimbing nafsu dengan kaedah yang betul. Islam yang diturunkan oleh Allah menunjukkan jalan kea rah mendidik nafsu, bukannya membunuh nafsu.
Ilmu merupakan keperluan yang sangat penting dalam mengenal, mendidik, mengawal, mengendali dan membimbing nafsu.

Khamis, 23 September 2010

KU SANGKAKAN KECIK..TENGOK2 BESAR MACAM DEKAT ZOO...

Assalammualaikum kepada semua..harap2 sigat selalu.. maklum lah.. sekarang nie musim demam,batuk selsema dan macam2 lagi.. tapi ingat..kalau demam tu jgn anggap demam biasa2, sebab sekarang ditakuti terkena demam DENGGI..bahaya nih.. achu pun sebelum nie seminggu sebelum raya disyakki terkena wabak denggi..tapi alhamdulillah.. dipanjangkan umur achu sihat sperti sedia kala.. terima kasih kepada family yang banyak ambil berat.. pada abah yg bawa pergi ke klinik..dan pada kekanda ku Norazrina.. 3 hari 3 malam dia bawa Achu ke klinik untuk chek darah... terima kasih semua....dan syukur pada Tuhan kerana telah menyembuhkan penyakit nie..:-)

Eh!Eh! Sebenarnya bukan lah achu nak cerita pasal penyakit sebenarnya.. pasal kejadian semalam nie...
Malam tu macam biasa Achu lepak2 dalam sarang(bilik) Achu sambil belek2 laptop nie haa..masa tu dah lepas isyak.. mak pun dah habis berbuka puasa dekat dapur, Achu pun dah makan nasi dah kat dapur masa petang tu,petang tu hujan lebat sangat...
Masa dalam pukul 9.30 malam..mak tengah wirid dekat bilik,abah Achu lak nak ke dapur ambil ubat katanya...
Lepas tu Achu dengar abah tutup pintu dapur.."Eh?pelik jugak napa abah aku nie tutup pintu dapur awal sangat,selalu time nak tido dalam kol 11.00mlm baru abah tutup.."

Tiba abah terus buka pintu bilik Achu.."huh??nape plak abah tetiba bukak pintu bilik Achu nie..jarang sangat.." abah cakap "Rafi ada ulaq masuk rumah kita,ular tedung selar.."
Achu pun bingkas bangun..ingat kecik saja... tengok.."Ya Allah..mcm dekat Zoo yang Achu selalu tengok tu...haha..besar gila..."
Abah dah mula panik..heran,bingung semua ada.. Achu pulak tersenyum tengok ular tu.. haha..macam sempoi laa..hari ini dalam sejarahh... masa tu ular tu dok tengah melingkar dekat dapur masak..panjang...
"Achu pun cakap kat abah "coll bomba nak..?" Abah kata o.k.. Achu pun terus buat laporan...
Sebelum bomba datang..Achu perhati gelagat ular tu..ke arah mana dia pergi..
Ular tedung selar nie..kebanyakkannya garang,bisanya boleh membunuh..hoho.. nasib bek abah Achu selamat..masa abah Achu jumpa tu,ular tu dekat dapur memasak..dapur memasak tu berhadapan dengan pintu dapur,kalau terlambat memang ular tu masuk ke ruang tamu laa.. Subhanallah..



Ni lah pic yang Achu ambil dari luar tingkap dapur..hoho..amacam..besar gilee...
Masa..tengah tengok2 ular tu.. bomba call rumah..diorang tanya petunjuk jalan..
Tanpa berlengah Achu terus start moto keluar..tgk2 bomba dah ada kawasa taman..Achu panggil bomba tu...

Memang gamat keadaan masa tu.. oarang taman, semua keluar nak tengok kejadian tu.. budak2 lagi la ramai...
nie gambar2 yang semapat Achu tangkap.. henpon Achu masalah sikit camera dia nak loading lambat ikutkan banyak lagi pic yang best2 yang Achu dapat tangkap...









Masa nie..Achu ada tolong bomba jugak..haha..tolong suluh kat mana kepala ular tu..bomba nak jeruk..tapi ular tu pandai nyorok kan kepala dia..

Akhirnya..
Tertewas jugak ular tedung selar nie...hehe









Bila diukur kepanjangan ualar ni dalam 10 KAKI.....

Haaa..korang pergilah bertapak dekat lantai rumah korang tengok panjang mana ular yang masuk Dalam umah Achu nie...
Masa kejadian Mak Achu memang tak mau tengok ular tu melilau kat dapur..haha..cian kat mak..tapi bagus jugak mak tak tengok.. sebab mak selalu ke dapur..kalau mak tengok sah mak terbayang2 kat mana ular tu dok meniti..boleh fobia Oooo...huhu..
Lepas kejadian abah perasan periuk atas dapur hampir jatuh..abah tegur mak..mak pun hairan nape periuk tu hampir jatu.. petang tu hujan lebat sangat2..rasanya ular tu masuk waktu petang melalui pintu dpur..
peliknya masa Achu tengah makan dekat dapur,mak dok goreng pisang,pastu mak berbuka puasa,tak ada pulak..
Ular nie nampak baik..mcm jinak..sebab masa bomba dok tangkap dia tak ada pulak dia melawan.. ular jenis nie..selalunya garang..dan melawan..tapi yang nie baik gilee...lemah jea...
Orang kata kalau jumpa sekor mungkin ada pasangannya..kalau ular nie masih solo,selamat la.. kalau dia dah ada pasangan...huhu..kenalah berjaga2...

DIMANAKAH PASANGANNYA...



BERJAGA-JAGALAH SEMUA....

PANTUN DARI ACHU

ULAR EMAS DIBAWA BELAYAR
BERDIRI SEEKOR ATAS ALMARI
HUTANG EMAS BOLEH KUBAYAR
ULAR BERDIRI MEMANG AKU TAK BERANI...
HOHO..


SEKIAN DARI ACHU RAFY....

Sabtu, 21 Ogos 2010




Kisah Singkat Nabi Ismail a.s. dan Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ismail a.s. adalah putra sulung Nabi Ibrahim a.s. dari istrinya yang bernamaHajarNabi Ibrahim a.s. mengajak istri dan anaknya (ketika masih bayi) ke tengah padang pasir di Mekkah, dekat dengan ka’bah. Di saat itu Nabi Ibrahim harus pergi ke Palestina. Maka pergilah Nabi Ibrahim meninggalkan istri dan anaknya di padang pasir yang tandus. Dalam perjalanannya itu tidak henti-hentinya Nabi Ibrahim a.s. berdo’a memohon keselamatan bagi istri dan putra yang ditinggalkannya. Hajar dan anaknya (Ismail) hidup di lembah tandus Mekah sambil menunggu kedatangan suaminya. Lama-kelamaan persediaan air mereka habis. Nabi Ismail (saat itu masih bayi) menangis karena merasa kehausan. Ibunya bingung berlari-lari kecil bolak-balik sebanyak 7 kali dari bukit Sofa ke bukit Marwah untuk mencari air.

Akhirnya Allah SWT memberikan perintah kepada Malaikat Jibril untuk menolongnya. Air bersih, jernih, dan sehat keluar dari dekat Nabi Ismail yang meronta-ronta. Kemudian Hajar berteriak, “zam-zam, zam-zam!” artinya berkumpullah. Akhirnya air itu berkumpul, menjadi mata air dan diberi namaZam-z am. Hajar merasasenang dan bersyukur kepada Allah SWT. Nabi ibrahim pun kembali berkumpul dan bersyukur kepada Allah SWT atas segala pertolongan dan keselamatan yang diperoleh mereka.

Ismail tumbuh dewasa menjadi anak yang saleh, cerdas, rajin, jujur, patuh, dan taat kepda Allah SWT dan kedua orang tuanya. Ketika Ismail beranjak dewasa, Nabi Ibrahim a.s. bermimpi menerima perintah Allah SWT untuk menyembelih Ismail. Nabi Ibrahim merenungkan mimpinya kemudian menceritakan mimpinya itu kepada Ismail. Ismail berserah diri dan meminta kepada ayahnya untuk menjalankan perintah Allah SWT yaitu menyembelih Ismail di sebuah bukit di Mina. Nabi Ibrahim sangat terharu terhadap keputusan anaknya, ia memeluknya karena Ismail adalah anak yang berbakti kepada Allah SWT dan kepada orang tuanya. Maka dilakukanlah prosespenyembelihannya. Ketika mereka berdua berserah diri, turunlah wahyu yang menyatakan bahwa Nabi Ibrahim telah membenarkan mimpi dari Allah. Ketika hendak disembelih, atas izin Allah SWT Ismail diganti dengan dengan binatang sembelihan yaitu kambing domba. Peristiwa itu merupakan awal diperintahkannya berkurban bagi umatIslam setiap hari raya Idul Adha.

Rabu, 11 Ogos 2010

Adab Berpuasa dan Solat Tarawikh


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai’, sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai . Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Selasa, 10 Ogos 2010

Terima Kasih buat Family Dya....

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana baru2 ini Allah telah mengizinkan Achu untuk bertemu dengan keluarga Dya..
Jom kita belek2 gambar kat bawah nie..





Ini Mama Dya..huh!! kalau mama Achu memang Achu bangga laa..:-D sapa tak bangga mama sendiri dapat pegang segulung Ijazah..tapi Achu tetap bangga sebagai mama kepada Dya.. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Mak Cik Zarina moga sentiasa succes selalu.. :-)




Gambar ini pulak gambar Abah dan Mama Dya...Moga sentiasa bahagia selalu...:-D



Haah!!Ini adik Dya..namanya Ikram..comeyy gile...mula2 dia agak malu2...lepas tu lama2 dia tak malu dah..haha..mcm Achu kecik2 dulu...bila start kenal seseorang tu..haa..bis la orang tu..haha..pasal tu Achu tak kisah dengan si Ikram nie..Ikram ada ajak Achu tido kat umah dia tau hehe...sabo tau Ikram..;-)..ada sorang lagi adik Dya..tapi tak dapat datang.. ada di sekolah..dia kata kat Achu"cikgu kedekut nak bagi balik.."





Ini pulak gambar Si dia dengan Mamanya..sama2 comel..:-D






Bagi Achu nie lah pic.paling mahal sekali..bukan senang dapat bergambar skali macam nie...





Dua gambar nie hadiah dari Achu dan Dya...:-)






Akhir sekali Achu nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada Pak Cik Radzi,Mak Cik Zarina, Dya dan keluarga kerana sudi bertemu dengan hamba Allah yang serba kekurangan ini...
Insyaallah jika dipanjangkan umur kita berjumpa lagi.. mohon ampun jika tersalah cakap atau perbuatan sepanjang pertemuan kita..
Doa Achu disini Semoga bahagia,dimurahkan rezeki dan mendapat segala keberkatan dari Allah...
INSYAALLAH..AMIN..

"RAMADHAN DATANG LAGI"


“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.

Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.

Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.

Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.

Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Inilah puasa yang hakiki..
Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit
ketenanganku..

Sabtu, 17 Julai 2010

MACAM-MACAM ADA...

BAaa Cakkk...uhuk!2
Lama dah Achu tak update blog nie...tu pun ada seorang insan yang ketuk2 baru nak jalan.. dia bukan ketuk Achu betol2..haha...cuma dia memang suwuh updatekan...bukan tak nak update..sebab masa itu mencemburui Achu tak kala Achu senang lenang..hehehe..kerja achu nie mengalahkan menteri...hoho

O.klah sambil bersenang-senang sandar di kerusi tu atau yang sedang meniarap atau yang dah tertiarap tu..apa kata jom kita layan gambar2 nie...

Nak tahu..Achu memang suka pada binatang..kalau pergi zoo..memang semua binatang nak sentuh..tapi binatang paling minat kucinglah..haha.. jom layan....

!
!
!
!
!
!

Hoho..memang rasa nak sentuh tapi rasa tak brani la pulak...tengok pun dah tak macam rimau dah..tua sangat nie..gigit pun dah tak banyak..jom kita tengok yang lebih muda remaja..

!
!
!
!
!
!

Warrgghh..haha..kat luar belum tentu boleh jumpa kucing gigit anjing..kat sini dah boleh jumpa..tengok tu kucing berdarah muda... semua binatang dia boleh tokak nih..:-D






Kalau korang nak tahu..cerita Kungfu cina dioarang ambil dari aksi kucing gadoh.. tak caya? tengok tu lebih kurang macam nie lah... ada terbang-terbang haha...







Hah...???nie kes gadoh la niee... sapa la yang buat naya kat kucing nie... mau mandul kucing nie..hoho..






Bila dah penat bergadoh..masing tido2 keletihan...hehehe..best tol tengok kucing nie tido...



Tido yang kreatif...hehehe...



Yang sekor nie..makan terlebih kenyang...dah tahap obesiti dah nie...


Apa tengok2..:-D



INGAT!!! KALAU KUCING KORANG NAKAL SANGAT....






Acukan jea pistol mesti dia serunder punye...kena ajor sikit....




PASTU KORANG SUWUH DIA BUAT KERJA....


Alololo...cian pulak bila tengokkk...hrmmmm...(ahak!3)




Kalau wat umpan ikan orait jugak???...hishhh..lagi kesian.....





TAPIII........
KALAU KORANG DOK MANJAKAN SANGAT KUCING KORANG GINILAH JADINYA...

!

!
!
!
!
!

Hah!!! Habislah rumah korang nanti di perangnya dalam rumah....





Keta korang pun kenalah rampas..alamak sampai ke kaki tu nak tekan pedal...??






Yang sekor nie..siang malam tak habis2 nak melalak jea..hahaha....:-D




Hah??? Yang sekor nie pun sama.. sehari suntuk asyik men Laptop jea...macam korang gak..hahaha...
(macam aku jugakk....:-D )




Hah.. Yang nie dia tak tau watpe..mungkin inilah salah satu tips kalau korang sakit pale..keh!2..




ADA LAGIIII.......

Kucing ke...rimau...?kucing ke rimau.....?Baka ape nih...?



MEH TENGOK BINATANG LEN PLAKK..

Haha..nie nama dia Gajah+Zirafah=Gafah...hahaha..... Besor gileee....




Mesti ada rimau nak makan dia....hehe...

tapi kan ada sekor lagi binatang nie....memang Achu belum pernah tengookkk..
cute gile..bila korang tengok mesti korang nak sentuh punya....
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!

TU DIA...RASA NAK SENTUH TAKK????



Isnin, 28 Jun 2010

AWARD STOKER TERHEBAT!

Pagi yang segar sambil layan lagu Maher Zain.. sedap2 lagunya...
Lagunya semua memuji Allah dan Rasulullah...jom dengar....:-D

O.k..tanpa membuang masa yang berlalu tanpa berpatah balik nie Achu ada award and tag dari Dya Adryza... Layan........

1- bagaimana anda dapat menjadikan blog anda sebagai medan dakwah?

Melalui penulisan,contoh syair ,sajak atau penghayatan dan video yang boleh mentarbiahkan diri...

2- sumbangan selama anda menjadi blogger :

-diri sendiri

Rasa seronok bila dapat meluahkan segala isi hati dan idea dalam blog nie....

-org lain

Untuk orang lain tu tak banyak lagi..coz kadang2 bz sangat..insyaallah moga Allah permudahkan segala urusan....

-Islam

Ermm..terlalu sedikit....

3- ape yg anda dapat sepanjang anda menjadi blogger... (positif & negatif)

positif __

terlalu banyak pengatahuan..macam2 ada...:-D

negatif__

Hrrmmm...ntah la...mcm tak ada jea..jujur nih...

4- blog jenis macam mane (pada pandangan anda) yang anda suka stalk.

1.Blog2 yang ada unsur2 kesedaran diri,yealah diri ini sentiasa kena tarbiah...
2.Blog yang suka tunjuk pic.yang pelik2...contoh ciptaan Allah yang tak pernah kita tengok...
3.Kalau nak happy cari blog yang lawak2..:-D

5- tag lagi 5 kawan anda (bagi award ni plus jawab soalan cepungangsa ni okey)


1.Bicara Iman buat bekalan.
2.Ameen Muslim
3.Mimiemiloes
4.ikhwan zaki
5.m_chaoz007

Achu beri tag nie pada blog2 yang berunsurkan islamic...

Allamdulillah..dah tamat soalanya... wasalam...





Rabu, 23 Jun 2010

Tag 2 juta!

Assalamualaikum....

Dah lama Achu berdiam diri tanpa menaip apa2 dan diam seribu bahasa... Al-Maklum la sibuk mengalahkan menteri....hehe..tapi tu la asal buka internet jea..no idea to do something... otak fikiran nie jadi blur plak...


Baru2 nie.. tak ada kerja saja terberangan la kejap..apa la Achu nak buat kalau dapat duit banyak gile..
bila buka blog dapat la tag 2 juta..hoho.. tengok gambar kat bawah nie..

Kalau tengok dalam gambar di atas rasanya macam tak cukup lagi nie..hehehe...
Amboi meterialistik la pulak..:-D

1. The Person who tagged me

Dya Adriza
~~Inilah seorang insan yang takkan dilupakan sampai bila2...Kalaulah Dya betol2 leh bagi duit banyak tu kat Achu kan bestt..hehe....;-)

2. Tag kawan kawan..

Ishh..kawan2 kat blog pun tak brapa ada..tak yah bagi kat sapa2 la..stop jea setakat nie.. 2 juta tu Achu yang punyaaa.. :-D haha...

. Lepas tag, war-warkan pada kawan

Hehe..boleh-boleh..:-D

4. Apa angan angan saya kalau dapat 2 JUTA. Hmm.

Angan2?..Hrmmm..alang2 dah berangan baru2 nie..Achu nak luahkan terus dalam blog nie..





Ahah..nie lah rumah idaman Achu..alang2 dah kaya biar kaya betol2 leh men kejar2 lagi dalam rumah tu..haha..mesti penat berlari punye...

LAMBORGHINI, produk kebanggaan Itali yang sering menjadi idaman peminat kereta mewah.
Achu pun minat jugak kereta camni...




Motosikal berkuasa tinggi hehe..memang bergaya...



Lepas tu dah lama teringin sangat nak pergi dekatt....

ke Mekah...buat Haji...indahnya di sana nanti...:-)



`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
5. Apa kita patut buat untuk dapat duit sebanyak ni?


YANG PALING5X PENTING



Alang2 dah kaya jangan pulak nak lupa diri..dan jangan pentingkan diri... Achu nak sumbangkan separuh dari harta achu pada Palestin...kalau boleh hantar senjata pun.. Achu nak hantarkan.. Hapuskan Israel laknat tu...

ALLAHUAKBAR......


SO KORANG MACAM MANA PULAK....