Bismillahirrahmanirrahim... Dan Salam Ziarah Pada Semua


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 21 Ogos 2010




Kisah Singkat Nabi Ismail a.s. dan Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ismail a.s. adalah putra sulung Nabi Ibrahim a.s. dari istrinya yang bernamaHajarNabi Ibrahim a.s. mengajak istri dan anaknya (ketika masih bayi) ke tengah padang pasir di Mekkah, dekat dengan ka’bah. Di saat itu Nabi Ibrahim harus pergi ke Palestina. Maka pergilah Nabi Ibrahim meninggalkan istri dan anaknya di padang pasir yang tandus. Dalam perjalanannya itu tidak henti-hentinya Nabi Ibrahim a.s. berdo’a memohon keselamatan bagi istri dan putra yang ditinggalkannya. Hajar dan anaknya (Ismail) hidup di lembah tandus Mekah sambil menunggu kedatangan suaminya. Lama-kelamaan persediaan air mereka habis. Nabi Ismail (saat itu masih bayi) menangis karena merasa kehausan. Ibunya bingung berlari-lari kecil bolak-balik sebanyak 7 kali dari bukit Sofa ke bukit Marwah untuk mencari air.

Akhirnya Allah SWT memberikan perintah kepada Malaikat Jibril untuk menolongnya. Air bersih, jernih, dan sehat keluar dari dekat Nabi Ismail yang meronta-ronta. Kemudian Hajar berteriak, “zam-zam, zam-zam!” artinya berkumpullah. Akhirnya air itu berkumpul, menjadi mata air dan diberi namaZam-z am. Hajar merasasenang dan bersyukur kepada Allah SWT. Nabi ibrahim pun kembali berkumpul dan bersyukur kepada Allah SWT atas segala pertolongan dan keselamatan yang diperoleh mereka.

Ismail tumbuh dewasa menjadi anak yang saleh, cerdas, rajin, jujur, patuh, dan taat kepda Allah SWT dan kedua orang tuanya. Ketika Ismail beranjak dewasa, Nabi Ibrahim a.s. bermimpi menerima perintah Allah SWT untuk menyembelih Ismail. Nabi Ibrahim merenungkan mimpinya kemudian menceritakan mimpinya itu kepada Ismail. Ismail berserah diri dan meminta kepada ayahnya untuk menjalankan perintah Allah SWT yaitu menyembelih Ismail di sebuah bukit di Mina. Nabi Ibrahim sangat terharu terhadap keputusan anaknya, ia memeluknya karena Ismail adalah anak yang berbakti kepada Allah SWT dan kepada orang tuanya. Maka dilakukanlah prosespenyembelihannya. Ketika mereka berdua berserah diri, turunlah wahyu yang menyatakan bahwa Nabi Ibrahim telah membenarkan mimpi dari Allah. Ketika hendak disembelih, atas izin Allah SWT Ismail diganti dengan dengan binatang sembelihan yaitu kambing domba. Peristiwa itu merupakan awal diperintahkannya berkurban bagi umatIslam setiap hari raya Idul Adha.

Rabu, 11 Ogos 2010

Adab Berpuasa dan Solat Tarawikh


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai’, sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai . Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Selasa, 10 Ogos 2010

Terima Kasih buat Family Dya....

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana baru2 ini Allah telah mengizinkan Achu untuk bertemu dengan keluarga Dya..
Jom kita belek2 gambar kat bawah nie..





Ini Mama Dya..huh!! kalau mama Achu memang Achu bangga laa..:-D sapa tak bangga mama sendiri dapat pegang segulung Ijazah..tapi Achu tetap bangga sebagai mama kepada Dya.. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Mak Cik Zarina moga sentiasa succes selalu.. :-)




Gambar ini pulak gambar Abah dan Mama Dya...Moga sentiasa bahagia selalu...:-D



Haah!!Ini adik Dya..namanya Ikram..comeyy gile...mula2 dia agak malu2...lepas tu lama2 dia tak malu dah..haha..mcm Achu kecik2 dulu...bila start kenal seseorang tu..haa..bis la orang tu..haha..pasal tu Achu tak kisah dengan si Ikram nie..Ikram ada ajak Achu tido kat umah dia tau hehe...sabo tau Ikram..;-)..ada sorang lagi adik Dya..tapi tak dapat datang.. ada di sekolah..dia kata kat Achu"cikgu kedekut nak bagi balik.."





Ini pulak gambar Si dia dengan Mamanya..sama2 comel..:-D






Bagi Achu nie lah pic.paling mahal sekali..bukan senang dapat bergambar skali macam nie...





Dua gambar nie hadiah dari Achu dan Dya...:-)






Akhir sekali Achu nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada Pak Cik Radzi,Mak Cik Zarina, Dya dan keluarga kerana sudi bertemu dengan hamba Allah yang serba kekurangan ini...
Insyaallah jika dipanjangkan umur kita berjumpa lagi.. mohon ampun jika tersalah cakap atau perbuatan sepanjang pertemuan kita..
Doa Achu disini Semoga bahagia,dimurahkan rezeki dan mendapat segala keberkatan dari Allah...
INSYAALLAH..AMIN..

"RAMADHAN DATANG LAGI"


“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.

Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.

Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.

Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.

Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Inilah puasa yang hakiki..
Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit
ketenanganku..