Bismillahirrahmanirrahim... Dan Salam Ziarah Pada Semua


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 27 Mei 2010

Awan Yang Aneh..

Allah SWT Maha Besar lagi Maha Kuasa. Tiada siapa yang boleh menandingi kekuasaanNya di dunia ini. Apa sahaja yang Allah ciptaa, pasti tidak tercipta oleh kita.. termasuklah awan2 di bawah ini~

Subhanallah!

Awan kat gunung berapi~ Special kes..

Wajah apakah ini??

Macam maraton awan je..

Macam tangan tengah tadah doa..

UFO??

Hisy.. Apa awan ni buat huhu~

LRT versi awan eheh~

Super Ring lazat Super Ring Riang~ lalala

Awan twister..

Tapi.. ada 1 awan ni memang biasa kita tengok kat mana2..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

TARAA!!

Terbaik punya 'awan'!! Hahaha~

Selasa, 18 Mei 2010

BABAK SETERUSNYA...



"DAN JANGANLAH KAMU (MERASA) LEMAH,DAN JANGAN (PULA) BERSEDIH HATI, SEBAB KAMU PALING TINGGI (DERAJATNYA),JIKA KAMU ORANG BERIMAN"

(SURAH ALI 'IMRAN:139)

Babak 1~

"Nakal lah kamu nie..cuba duduk diam-diam,mak nak berbual dengan tok kau ni..gesel-gesel manja nie..nak tido yea..?"

~Adik cuma nak mak..memang nak manja dengan mak,nak ajak tido..sedih lah..tok asyik datang rumah jea..potong jalan tol...

Babak 2~
"Mak dah tak ada....."

~Adik cuma nampak van jenazah saja masa tu..adik belum mengerti apa yang dah berlaku...abah keluar dari van jenazah terus peluk adik dengan Kak Nur..Abah dengan akak nangis-nangis..adik hairan dalam pelukkan abah...adik pun turut menangis...

Babak 3~
"Kak Ros..nape mak mati..."
"Hrmm..mak sakit..."
"Ooo..."
"Dah la jom akak mandikan ngko.."

~Masa tu Kak Ros saja yang ada..kak ros cantik..baik..tapi tegas dan kadang-kadang garang..adik selalu nangis masa Kak Ros ajar buat kerja sekolah..adik susah nak faham..kadang-kadang rasa macam benci jea kat dia...

Babak 3~

"Makk...adik rindu kat mak..."

~Dah malam..semua orang dah tido..adik nangis dalam bantal peluk adik..sapa pun tak tahu...

Babak 4~

"Abah dah mula kerja besok..kakak semua sekolah..abang kerja..besok pagi-pagi bangun awal..abah hantar adik kat rumah tok yea..balik kerja abah datang la jemput.."

~"Hrmm..tok garang la..sedih tol..lemah la camni..k lah adik ikut jea.." Masa tu adik cakap dalam hati..sapa pun tak tahu..

Babak 5~
"Adik..bangun....tok dah sediakan makanan..pergi mandi dulu..lepas tu makan tau.."

~Tok baik rupanya..kadang-kadang adik ikut tok pergi beli nasi lemak..bedak sejuk kat muka adik,serupa macam kat muka tok..tok cantik..tapi adik nampak lawak..tok la yang letakkan..hehe...

Babak 6~

"Akak..bila mak baru nak datang kak.."
"Hishh..ngko nie..nanti datang la.."

~Masa tu dekat rumah adik ramai sangat orang..adik baru bangun tido..dah brapa kali akak kejut,bila jaga jea terus tanya pasal mak baru...

Babak 7~
"O.k..tido balik yea..."

~Bau wangi sangat-sanagt..masa tu time subuh..adik rasa ada orang dekat dengan adik dan kakak..adik terjaga..siapa yea..?wanginya dia...adik suka bau wangi tu...

Babak 8~

"Mak baru best ke..?Mak tiri garang tau..nanti dia pukul.."

~Terngiang-ngiang ditelinga nie..ada orang hasut..ingat adik bodoh ke?adik kuat tau..

Babak 9~

"Mak jom tido.."
"O.k jom mak teman kan.."

~Sedar masa tu..mak temankan adik tido jea..pastu mak bangun solat Asar dan wat kerja rumah..apa-apa pun terima kasih mak..dan terima kasih abah sebab bagi mak baru..
Mak nie baiklah..diorang tu yang jahat..kakak2 semua rapat dengan mak..adik faham abah tak nak susahkan sapa2..terutamanya tok,dan abah faham..kami tagihkan kasih sayang seorang ibu.. Terima kasih jugak kat tok sebab selama nie sudi jaga adik yang nakal niee...

Babak 10~

"Hishh..dah besar tak kan nak susu mak lagii.."

~Hehe..adik memang suka manja dengan mak,gurau..tapi nakal masa kecil-kecil dulu hanya Allah saja yang tahu...

Babak seterunya..

Babak 11~
"Ngko nampak sekolah tu..ngko patut duduk dekat sekolah tu jea..."
"Hishh...ngko nie..adik baik laa..."

~Masa tu adik nakal sangat-sangat sampai kak Nur kata duduk jea dekat sekolah budak-budak jahat,tapi Kak Ros sokong adik..hehe..sayang Kak Ros...

Babak 12~
"Nie apa benda nie..."
"Bedak laa..."

~Ada bedak ketiak dalam penutup coklat,adik simpan dalam tu..nak buang sayang..abah syak dadah..yealah serbuk bedak tu ketul2 macam dadah..hehe..apa la abah nie..tapii...adik sedih abah syak adik macam tu...

Babak 13~
"Abang Mat tengok nie.. duit saya banyak nih.."
"Alah..asyik-asyik tulis terima kasih jea..adoii..."

~Adik sedar keseronokkan masa tu memang tak terkawal

Babak 14~


"Hah?? mana hang dapat mainan tu...?"
"Alah kawan bagi pinjam..."
"Betol ka..?

~Masa tu Kak Nur sedang menyiasat perbuatan sulit adik..


Babak 15~
"Duduk sini kejap..patut la duit dalam tabung banyak habissss...curi yea..nak kena rotan.. kecik2 dah pandai mencuri,ingat kakak kau yang ambil..."

~Adik selamat..kena marah-marah jea tapi kemarahan abah memang mengegarkan dunia,adik tak buat dah..adik curi duit,beli kerta tikam..kalau ada nombor dapat mainan..banyak duit abah habis kat situ..minta maaf abah..:-(

Babak 16~

"Adik pergi main bola ke, mandi parit nih... habis basah kuyup satu badan..."

~Masa tu..adik main bola tengah hujan..adik nakal sangat-sangat masa tu..kat sekolah selalu gadoh,kena buli..belajar..kadang-kadang malas,tapi tak pernah ponteng sekolah..

Babak 17~
"Adik blajar macammana nie..banyak yang merah nie...cikgu ajar faham ke tak..?"

~Adik selalu nangis bila tunjuk buku rekod adik kat abah,adik kurang pandai...dunia adik asyik kena marah jea...sejak dari tu adik lebih suka wat hal sendiri..menyendiri..dan suka luahkan rasa hati dalam diari adik...adik tahu adik nakal..tapi adik tak jahat...

Babak 18~
"Adik..blajar betol2 jangan main2,nanti besar bukan ada sapa nak tolong adik lagi..adik sendiri yang akan tolong diri sendiri...dah habis sekolah nanti nak buat apa buat la..abah beri kebebasan,yang penting mulai sekarang blajar dulu..masa depan tu.."

~Inilah ayat-ayat abah yang adik ingat sampai sekarang..adik rasa lega selepas abah cakap macam tu...

Babak 19~

"Dapat SPM macam nie..nak minta sambung blajar kat mana?boleh lepas ke..?

~Adik berserah pada tuhan masa tu..lama gak adik tunggu nak sambung blajar tapi...tak dapat...


Babak 20~

"Sabar la..jangan sedih dan stress macam nie..insyaallah usaha..nanti dapat la sambung blajar mana2 tu...abah faham...

~Terharu adik...abah masih bersabar dengan kekurangan adik..Terima Kasih abah..

Babak 11~
"Dah ada kemahiran nie..bagus la..ambil dulu pengalaman kerja.."
"Kalau nak kahwin kena ada kerja tetap dulu baru leh kawin.."

~Alamak mak dengan abah cakap macam tu pulak...adoii...

Babak 12~

"Nak kemana..?"
"Join kawan-kawan buat program.."
"Hah??join benda apa pulak,jangan cari ajaran sesat pulak.."

~Pesan abah..cari kawan-kawan yang baik2,jangan cari yang tak senonoh...nanti ditakuti kita pun akan jadi macam diorang jugak...

Babak 13~

"Nah ambil borang nie.. isi.."

~Alhamdulillah adik dapat sambung belajar...


Babak 14~

"Weii..nape termenung...?"
"Aku rindu la dengan Dia.."
"Sapa Dia tu..awek ngko ekk...hehe..?""Tak lah..Dia banyak beri ketenangan pada aku..."
"Sapa broo..bek cakap dengan aku.."
"Allah...."
"Loh ngko nie..selama nie ngko tak solat ke..ako tengok ngko baik jea,leh panggil ustaz dah tau..?"
"Solat..aku rindukan perjuangan aku dengan sahabat-sahabat aku...macam dulu.."
"Nanti cuti..balik la jumpa diorang bro..ngko nie dah la..jom g surau.."

~Adik rindukan ketenangan..tanpa ketenangan tu rasa perit jea nak menghadapi liku-liku kehidupan nie..

Babak 15~
"Abah...nah duit blanja.."
"Ada duit tak nie.."
"Ada..kalau tak ada nanti adik minta kat abah.."

~Kalau tak cakap macam nie..mesti abah akan beri wang tu semula...Adik tak minta dah wang tu..tu wang blanja abah tiap-tiap bulan..:-)

Babak 16~

"Nak ke mana tu..?"
"Jumpa kawan jap.."
"Usrahh...???"
"A'aa...lama tak pergi.."
"Pergi baik-baik..."

~Kalau kita tak nak ubah hidup kita..siapa lagi nak ubahkan..kalau bukan diri kita sendiri..kita pergi ke jalan yang baik,maka baiklah kita..jika tidak..terpesonglah kita..ingat lagi pesan abah cari kawan yang boleh bawa manfaat pada kita,jangan lupa solat,doa...dan fahami ayat suci Al-Quran.. Terima kasiah mak dan abah selama ini yang banyak mendoakan adik...



"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan,niscaya diberi petunjuk oleh Tuhan kerana keimanannya"
(Surah Yunus:9)

Ahad, 16 Mei 2010

MENCARI JALAN YANG LURUS

Alhamdulillah Syukur pada Mu Ya Allah kerana telah menggerakkan hati ini untuk bersama-sama memperjuangkan agama mu walaupun hamba mu ini sedar,banyaknya lagi kekurangan yang masih ada dalam diri ini...mohon teruskan lah pelihara hambamu ini supaya sentiasa terjaga iman yang kadang kala ada naik turunnya...

Kelmarin Achu baru saja habis program yang banyak menyentuh rohani dalam diri...
Alhamdulillah program mendarat dengan selamat dan baik...
Tertido Achu dengan seorang sahabat atas pentas selepas habis program...letak2 saja kepala terus gelap...keletihan yang penuh dengan kemanisan dan kepuasan...nasib baik ada abang long datang kejut..kalau tak bermalam lah kat situ..

Sedikit perkongsian dengan semua pembaca,disini Achu ingin berkongsi masalah remaja sekarang yang kadang kala membelenggu titik hitam dalam kehidupan mereka...mereka perlukan seseorang atau sekumpulan insan yang boleh memberi petunjuk yang betul kepada mereka,untuk mereka berjaya dalam kehidupan di dunia dan diakhirat..

Bila Achu baca masalah para pelajar di sini terdetik rasa kesedihan yang teramat sangat..
Mungkin masalah-masalah remaja sekarang membuatkan kadang-kala kita lihat mereka bagaikan remaja2 liar yang tiada masa depan,kita pula memandang mereka dengan pandangan yang negatif dan kita pula jarang memikirkan bagaimana kita hendak mengatasi masalah ini...

Remaja perlu didekati,bukan dijauhi..sebelum mereka rebah dengan lautan nafsu yang sering membawa mereka jalan yang salah..kita harus bertindak dahulu..sebelum ada golongan2 yang 'sesat'datang mempengaruhi mereka,ayuh mari kita hampiri mereka...

Antara masalah-masalah yang telah disenaraikan..

1)Ditinggalkan ibu kandung.Tak pernah rasa kasih sayang ibu,jumpa ibu masa kecil sahaja.

2)Mak ayah tak solat,jadi susah nak konsisiten solat.

3)Kawan banyak mempengaruhi perkara buruk.Nak tangani macammana?

4)Mak lebihkan adik beradik lain.Rasa terpinggir walaupun dah buat yang terbaik.

5)Selalu dimarahi ibu,tak pernah pelukkannya.

6)Takutkan mati,banyak dosa,mintak nasihat.

7)Nak berubah tapi tak ada sapa nak sokong.

8)Tak tahu nak handle rasa sakit hati dan fikiran negatif.

9)Penceraian ibu bapa,kurang kasih sayang daripada bapa.

Ayuhh..bukalah mata hati kita..insan yang di luar sana sedang tagihkan iman dan islam.. tagihkan kasih sayang seorang insan,perlukan sokongan dan petunjuk supaya mereka tidak terus lemas dengan dosa dan noda..
Jangan tahu menunding jari..tanpa bertindak..kita perlu dekati mereka sebelum mereka sesat ke jalan yang salah..

Bagi achu remaja yang sosial diluar sana,bukanlah mereka pinta untuk menjadi sebegitu..
Ini semua atas didikan yang mereka terima sepanjang hidup mereka..
Mereka ingin berubah,tetapi apakan daya,tiada sesiapa pun ingin mendengar luahan mereka..
Sikap mereka dipengaruhi oleh keadaan sekeliling,dunia yang penuh cabaran yang sentiasa membisikkan kata cintakan dunia...

Pemahaman dalam agama amat penting supaya mereka faham,apa ertinya mereka hidup di muka bumi ini.
Bila masalah mereka tidak dapat diselesaikan atau manghadapi jalan buntu maka jalan singkatlah yang mudah diambil..

Kes Rempit yang amat-amat popular dimana-mana sahaja.


Tagihkan kasih sayang ibu dan ayah..teman lelaki tempat diluahkan.



Maka terjadilah Kes pembuangan Bayi



Menghisap rokok sudah menular luas pada semua pelajar


Kes hisap dadah,sudah ramai remaja kita yang terjebak



Banyak lagi kes-kes sosial yang melibatkan para remaja kita,seks bebas,zina,rogol,ponteng sekolah dan banyak lagi penyakit sosial yang semakin hari semakin berleluasa.

AYUH SEMUA..JANGAN KITA BIARKAN HATI MEREKA MATI AKIBAT PENYAKIT SOSIAL YANG SEMAKIN MENULAR SEKARANG INI,MARILAH KITA SAMA-SAMA TANAMKAN BAJA DENGAN BAJA YANG BERKUALITI..IAITU AGAMA ALLAH..

"Ya Rahman.. mohon keampunan darimu jika segala apa yang telah hambumu ini sampaikan mengenai agamamu tidak dapat mengubah insan-insan yang ada disana,hidayah dan kesedaran semuanya datang atas keizinanan mu.. hamba mu ini cuba menyampaikan sebaik yang mungkin,dengan doa hambamu ini tawakal dan berserah segala-galanya kepadamu..."

"Ya Rahim..jika apa yang telah ku sampaikan tentang agamamu itu masuk mendetikkan hati-hati untuk sedar bertapa besarnya kekuasaan Mu..teruslah pelihara mereka dan engkau pasakkanlah hidayah kepada mereka supaya mereka sentiasa berada dalam golongan orang-orang yang bertakwa kepadamu "

Amin..

Sabtu, 8 Mei 2010

SUATU RENUNGAN KEPADANYA



Ku pejamkan mataku buat seketika....
Ku bayangkan diriku ini..
Kerdilnya ku rasa....
Ku buka mataku perlahan-lahan...
Aku memerhatikan keadaan sekeliling ku...

"Ya Allah... Engkau lah yang Maha Besar,Maha Berkuasa,lagi Maha Pencipta..."

Ku tundukkan wajah ku...
Hampir luluh hati ini apabila mengenangkan nasib sebagai seorang hamba Allah yang kadang-kala naik turun imannya..
Ku beristifar berkali2... ku beristifar...

Astafirullah'hallazim..
Astafirullah'hallazim..

Astafirullah'hallazim....

"Ya Allah.. hambaMu ini kalah..hambaMu ini rebah..hambaMu ini tidak kuat Ya Allah.."
"Mohon berikan kekuatan pada diri ini Ya Allah..."
"Dimanakah akan ku berada sekarang..?"
"Antara Dosa ataupun pahala..."
Neraka atau pun SyurgaMu.."

Keimanan ini terganggu dengam nafsu yang kadang-kala tak dapat dijinakkan..

"Mohon kekuatan dariMu Ya Allah...letakkan hambaMU ini dilakalangan orang-orang yang beriman kepadaMU..."


Bila ku renungkan lagi masa depan ku..
Ya..
Ku rasakan masa depan ku semakin jauh...
Jauh nun disana....
Tidak dapat kufikirkan..apa yang akan jadi pada masa depan ku nanti...

Ku cuba renungkan sedalam-dalamnya lagi..
Apa yang tersirat disebalik perjalanan hidupku..?
Ku rasakan ia semakin singkat..
Singkat kerana nyawa ini milik Allah S.W.T....
Ku tersedar..apa yang dekat dengan ku adalah kematian..
Bila-bila saja Allah mampu untuk menyekat perjalanan hidupku....

Ku tersentak seketika....
"Subhanallah...Maha suci Allah...."

Tiba-tiba air mataku mengalir tanpa diduga...




"Ya Allah hanya Engkau sahaja yang layak untuk lakukan apa-apa saja ke atasku..
Aku serahkan segala-galanya ke padaMu Ya Allah.."
"Aku serahkan segala-galanya....."

Bilaku direnungkan lagi..
Bagaimana rupa dan tingkah laku ku sepanjang hidup ini..?
Seberapa banyak dosa dan pahala yang telah aku kumpulkan sepanjang hidup ini..?
Sebanyak mana aku mengingatiNYA berbanding dengan ku mengingati dunia yang fana ini...?
Padahal apa yang berlaku sekarang...semua nikmat dariNYA..

Sepanjang hidup ini..
Berapa banyak kerugian dan kerosakkan yang telah ku lakukan...
Beruntunglah bagi sesiapa yang mensucikan dengan segala hal yang baik di muka bumi ini..
Tapi bagaimana dengan diri ku.....???

Kurenungkan kehidupan ini sedalam-dalamnya lagi..
Bila kah kali terakhir aku bertaubat dan memohon ampun kepadaNYA..?
Bila kah kali terakhir ku lakukan dosa kepadaNYA..?
Bila kah kali terakhir aku ungkapkan kata syukur kepadaNYA..?

"Ya Allah berikanlah daku pengampunan dan peluang untuk ku bertaubat kepadaMU.."

Beruntungnya jika sentiasa berada dalam rahmatNYA..peliharaanNYA..
Hidup ini penuh dengan cabaran..
Cabaran yang getir..
Cabaran yang kecil...
Cabaran yang besar dan ada cabaran yang perit untuk dilalui...

Sabar...
Sabar...
Sabar...

Untuk orang yang sentiasa bertakwa dan ingat padaNYA..
Jika lupa padaNYA..
Nafsulah yang akan sentiasa menguasai diri ini..
Malah boleh menjadi tuan pada diri sendiri..

Alangkah indahya menjadi orang yang sentiasa dalam perliharaanNYA..
Syukur padaMu Ya Allah...

"Ya Allah..sekali lagi..Engkau pandanglah hambamu ini dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMu...."

Indahnya diri ini...
Jika..

Menangis dan takut apabila melihat kekuasaan penciptaNYA..
Menangis bila mendengar kisah perjuangan kekasihNYA..
Menangis kerana tagihkan pahala dariNYA..
Menangis kerana takut tidak dapat pengampunan dariNYA..
Menangis takutkan NerakaNYA..
Menangis sebagai HambaNYA..
Dan menangis sebagai seorang hamba yang merdeka..
kerana bersyukur atas nikmat pemberian yang tidak terhingga dariNYA..

"Ya Allah..hambaMu ini sentiasa berdoa dan terus berdoa..semoga di kekalkan dalam golongan yang menangis keranaMu Ya Allah.."

Bukakan lah mata hati ini Ya Allah..
Berikan hambaMu ini kekuatan..untuk memandang dengan jelas..
Siapakah diri ini yang sebenar..???

Ya..
Diri ini bagaikan debu di lautan..
Tiada apa2 pun..
Harta yang ada hanyalah sebagai pinjaman..
Gerakkan jasad ini juga,atas izin dari NYA..
Malah jasad ini juga sebagai pinjaman yang diberikan dariNYA
Tiada apa yang tinggal..
Semuanya adalah hak milik kekal Allah S.W.T...

"Ya Allah..ku bermohon padamu..pandanglah diri yang jijik ini Ya Allah..pandanglah hati yang gelap dan penuh dengan dosa ini Ya Allah..
Mohon padaMu..kau tutuplah pintu kejahatan di dalam hatiku..dan bukakanlah pintu kebaikan pada hati ku,jadikan lah hambu ini,hamba yang sentiasa mengingatiMu.. Hamba yang sering memohan ampun padaMu..Hamba yang sering menangis keranaMu,dan menangis mengenangkan perjuangan kekasihMu,buangkanlah segala titik-titik kehitaman dalam diri ini, kau siramilah nur hidayah pada hatiku..jadikanlah hambMu ini sebagai seorang khalifah yang sanggup berjuang kerana agammaMu,dan mati kerana Mu..itu lah yang ku mahukan..seperti mana Rasulullah dan para sahabat berjuang bermati-matian kerana Mu...
Jika tiba masanya,untuk kau hentikan nafasku..letakkan hambaMu ini dikalangan orang yang pergi ke SyurgaMu..bukan Neraka Mu..peliharalah hambu ini Ya Allah...peliharalah hambaMu ini..."

Amin...

Subhanallah....
Walhamdulillah....
Wala'ilahaillallah....
Allahuk'akbar.....

“Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang selayaknya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari Kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari sebarang apa yang mereka persekutukan.”
(QS. az-Zumar 39: 67)