Bismillahirrahmanirrahim... Dan Salam Ziarah Pada Semua


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Memaparkan catatan dengan label Muhasabah Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah Diri. Papar semua catatan

Ahad, 16 Mei 2010

MENCARI JALAN YANG LURUS

Alhamdulillah Syukur pada Mu Ya Allah kerana telah menggerakkan hati ini untuk bersama-sama memperjuangkan agama mu walaupun hamba mu ini sedar,banyaknya lagi kekurangan yang masih ada dalam diri ini...mohon teruskan lah pelihara hambamu ini supaya sentiasa terjaga iman yang kadang kala ada naik turunnya...

Kelmarin Achu baru saja habis program yang banyak menyentuh rohani dalam diri...
Alhamdulillah program mendarat dengan selamat dan baik...
Tertido Achu dengan seorang sahabat atas pentas selepas habis program...letak2 saja kepala terus gelap...keletihan yang penuh dengan kemanisan dan kepuasan...nasib baik ada abang long datang kejut..kalau tak bermalam lah kat situ..

Sedikit perkongsian dengan semua pembaca,disini Achu ingin berkongsi masalah remaja sekarang yang kadang kala membelenggu titik hitam dalam kehidupan mereka...mereka perlukan seseorang atau sekumpulan insan yang boleh memberi petunjuk yang betul kepada mereka,untuk mereka berjaya dalam kehidupan di dunia dan diakhirat..

Bila Achu baca masalah para pelajar di sini terdetik rasa kesedihan yang teramat sangat..
Mungkin masalah-masalah remaja sekarang membuatkan kadang-kala kita lihat mereka bagaikan remaja2 liar yang tiada masa depan,kita pula memandang mereka dengan pandangan yang negatif dan kita pula jarang memikirkan bagaimana kita hendak mengatasi masalah ini...

Remaja perlu didekati,bukan dijauhi..sebelum mereka rebah dengan lautan nafsu yang sering membawa mereka jalan yang salah..kita harus bertindak dahulu..sebelum ada golongan2 yang 'sesat'datang mempengaruhi mereka,ayuh mari kita hampiri mereka...

Antara masalah-masalah yang telah disenaraikan..

1)Ditinggalkan ibu kandung.Tak pernah rasa kasih sayang ibu,jumpa ibu masa kecil sahaja.

2)Mak ayah tak solat,jadi susah nak konsisiten solat.

3)Kawan banyak mempengaruhi perkara buruk.Nak tangani macammana?

4)Mak lebihkan adik beradik lain.Rasa terpinggir walaupun dah buat yang terbaik.

5)Selalu dimarahi ibu,tak pernah pelukkannya.

6)Takutkan mati,banyak dosa,mintak nasihat.

7)Nak berubah tapi tak ada sapa nak sokong.

8)Tak tahu nak handle rasa sakit hati dan fikiran negatif.

9)Penceraian ibu bapa,kurang kasih sayang daripada bapa.

Ayuhh..bukalah mata hati kita..insan yang di luar sana sedang tagihkan iman dan islam.. tagihkan kasih sayang seorang insan,perlukan sokongan dan petunjuk supaya mereka tidak terus lemas dengan dosa dan noda..
Jangan tahu menunding jari..tanpa bertindak..kita perlu dekati mereka sebelum mereka sesat ke jalan yang salah..

Bagi achu remaja yang sosial diluar sana,bukanlah mereka pinta untuk menjadi sebegitu..
Ini semua atas didikan yang mereka terima sepanjang hidup mereka..
Mereka ingin berubah,tetapi apakan daya,tiada sesiapa pun ingin mendengar luahan mereka..
Sikap mereka dipengaruhi oleh keadaan sekeliling,dunia yang penuh cabaran yang sentiasa membisikkan kata cintakan dunia...

Pemahaman dalam agama amat penting supaya mereka faham,apa ertinya mereka hidup di muka bumi ini.
Bila masalah mereka tidak dapat diselesaikan atau manghadapi jalan buntu maka jalan singkatlah yang mudah diambil..

Kes Rempit yang amat-amat popular dimana-mana sahaja.


Tagihkan kasih sayang ibu dan ayah..teman lelaki tempat diluahkan.



Maka terjadilah Kes pembuangan Bayi



Menghisap rokok sudah menular luas pada semua pelajar


Kes hisap dadah,sudah ramai remaja kita yang terjebak



Banyak lagi kes-kes sosial yang melibatkan para remaja kita,seks bebas,zina,rogol,ponteng sekolah dan banyak lagi penyakit sosial yang semakin hari semakin berleluasa.

AYUH SEMUA..JANGAN KITA BIARKAN HATI MEREKA MATI AKIBAT PENYAKIT SOSIAL YANG SEMAKIN MENULAR SEKARANG INI,MARILAH KITA SAMA-SAMA TANAMKAN BAJA DENGAN BAJA YANG BERKUALITI..IAITU AGAMA ALLAH..

"Ya Rahman.. mohon keampunan darimu jika segala apa yang telah hambumu ini sampaikan mengenai agamamu tidak dapat mengubah insan-insan yang ada disana,hidayah dan kesedaran semuanya datang atas keizinanan mu.. hamba mu ini cuba menyampaikan sebaik yang mungkin,dengan doa hambamu ini tawakal dan berserah segala-galanya kepadamu..."

"Ya Rahim..jika apa yang telah ku sampaikan tentang agamamu itu masuk mendetikkan hati-hati untuk sedar bertapa besarnya kekuasaan Mu..teruslah pelihara mereka dan engkau pasakkanlah hidayah kepada mereka supaya mereka sentiasa berada dalam golongan orang-orang yang bertakwa kepadamu "

Amin..

Sabtu, 8 Mei 2010

SUATU RENUNGAN KEPADANYA



Ku pejamkan mataku buat seketika....
Ku bayangkan diriku ini..
Kerdilnya ku rasa....
Ku buka mataku perlahan-lahan...
Aku memerhatikan keadaan sekeliling ku...

"Ya Allah... Engkau lah yang Maha Besar,Maha Berkuasa,lagi Maha Pencipta..."

Ku tundukkan wajah ku...
Hampir luluh hati ini apabila mengenangkan nasib sebagai seorang hamba Allah yang kadang-kala naik turun imannya..
Ku beristifar berkali2... ku beristifar...

Astafirullah'hallazim..
Astafirullah'hallazim..

Astafirullah'hallazim....

"Ya Allah.. hambaMu ini kalah..hambaMu ini rebah..hambaMu ini tidak kuat Ya Allah.."
"Mohon berikan kekuatan pada diri ini Ya Allah..."
"Dimanakah akan ku berada sekarang..?"
"Antara Dosa ataupun pahala..."
Neraka atau pun SyurgaMu.."

Keimanan ini terganggu dengam nafsu yang kadang-kala tak dapat dijinakkan..

"Mohon kekuatan dariMu Ya Allah...letakkan hambaMU ini dilakalangan orang-orang yang beriman kepadaMU..."


Bila ku renungkan lagi masa depan ku..
Ya..
Ku rasakan masa depan ku semakin jauh...
Jauh nun disana....
Tidak dapat kufikirkan..apa yang akan jadi pada masa depan ku nanti...

Ku cuba renungkan sedalam-dalamnya lagi..
Apa yang tersirat disebalik perjalanan hidupku..?
Ku rasakan ia semakin singkat..
Singkat kerana nyawa ini milik Allah S.W.T....
Ku tersedar..apa yang dekat dengan ku adalah kematian..
Bila-bila saja Allah mampu untuk menyekat perjalanan hidupku....

Ku tersentak seketika....
"Subhanallah...Maha suci Allah...."

Tiba-tiba air mataku mengalir tanpa diduga...




"Ya Allah hanya Engkau sahaja yang layak untuk lakukan apa-apa saja ke atasku..
Aku serahkan segala-galanya ke padaMu Ya Allah.."
"Aku serahkan segala-galanya....."

Bilaku direnungkan lagi..
Bagaimana rupa dan tingkah laku ku sepanjang hidup ini..?
Seberapa banyak dosa dan pahala yang telah aku kumpulkan sepanjang hidup ini..?
Sebanyak mana aku mengingatiNYA berbanding dengan ku mengingati dunia yang fana ini...?
Padahal apa yang berlaku sekarang...semua nikmat dariNYA..

Sepanjang hidup ini..
Berapa banyak kerugian dan kerosakkan yang telah ku lakukan...
Beruntunglah bagi sesiapa yang mensucikan dengan segala hal yang baik di muka bumi ini..
Tapi bagaimana dengan diri ku.....???

Kurenungkan kehidupan ini sedalam-dalamnya lagi..
Bila kah kali terakhir aku bertaubat dan memohon ampun kepadaNYA..?
Bila kah kali terakhir ku lakukan dosa kepadaNYA..?
Bila kah kali terakhir aku ungkapkan kata syukur kepadaNYA..?

"Ya Allah berikanlah daku pengampunan dan peluang untuk ku bertaubat kepadaMU.."

Beruntungnya jika sentiasa berada dalam rahmatNYA..peliharaanNYA..
Hidup ini penuh dengan cabaran..
Cabaran yang getir..
Cabaran yang kecil...
Cabaran yang besar dan ada cabaran yang perit untuk dilalui...

Sabar...
Sabar...
Sabar...

Untuk orang yang sentiasa bertakwa dan ingat padaNYA..
Jika lupa padaNYA..
Nafsulah yang akan sentiasa menguasai diri ini..
Malah boleh menjadi tuan pada diri sendiri..

Alangkah indahya menjadi orang yang sentiasa dalam perliharaanNYA..
Syukur padaMu Ya Allah...

"Ya Allah..sekali lagi..Engkau pandanglah hambamu ini dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMu...."

Indahnya diri ini...
Jika..

Menangis dan takut apabila melihat kekuasaan penciptaNYA..
Menangis bila mendengar kisah perjuangan kekasihNYA..
Menangis kerana tagihkan pahala dariNYA..
Menangis kerana takut tidak dapat pengampunan dariNYA..
Menangis takutkan NerakaNYA..
Menangis sebagai HambaNYA..
Dan menangis sebagai seorang hamba yang merdeka..
kerana bersyukur atas nikmat pemberian yang tidak terhingga dariNYA..

"Ya Allah..hambaMu ini sentiasa berdoa dan terus berdoa..semoga di kekalkan dalam golongan yang menangis keranaMu Ya Allah.."

Bukakan lah mata hati ini Ya Allah..
Berikan hambaMu ini kekuatan..untuk memandang dengan jelas..
Siapakah diri ini yang sebenar..???

Ya..
Diri ini bagaikan debu di lautan..
Tiada apa2 pun..
Harta yang ada hanyalah sebagai pinjaman..
Gerakkan jasad ini juga,atas izin dari NYA..
Malah jasad ini juga sebagai pinjaman yang diberikan dariNYA
Tiada apa yang tinggal..
Semuanya adalah hak milik kekal Allah S.W.T...

"Ya Allah..ku bermohon padamu..pandanglah diri yang jijik ini Ya Allah..pandanglah hati yang gelap dan penuh dengan dosa ini Ya Allah..
Mohon padaMu..kau tutuplah pintu kejahatan di dalam hatiku..dan bukakanlah pintu kebaikan pada hati ku,jadikan lah hambu ini,hamba yang sentiasa mengingatiMu.. Hamba yang sering memohan ampun padaMu..Hamba yang sering menangis keranaMu,dan menangis mengenangkan perjuangan kekasihMu,buangkanlah segala titik-titik kehitaman dalam diri ini, kau siramilah nur hidayah pada hatiku..jadikanlah hambMu ini sebagai seorang khalifah yang sanggup berjuang kerana agammaMu,dan mati kerana Mu..itu lah yang ku mahukan..seperti mana Rasulullah dan para sahabat berjuang bermati-matian kerana Mu...
Jika tiba masanya,untuk kau hentikan nafasku..letakkan hambaMu ini dikalangan orang yang pergi ke SyurgaMu..bukan Neraka Mu..peliharalah hambu ini Ya Allah...peliharalah hambaMu ini..."

Amin...

Subhanallah....
Walhamdulillah....
Wala'ilahaillallah....
Allahuk'akbar.....

“Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang selayaknya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari Kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari sebarang apa yang mereka persekutukan.”
(QS. az-Zumar 39: 67)